Recipes

Cheessy Chicken NibblesSnek Ayam Berkeju
Nikmatilah resipi ini yang mengandungi hanya 135 kalori dan 5g lemak setiap hidangan, pastinya snek pilihan tanpa rasa bersalah untuk mengelakkan rasa lapar antara hidangan utama.

Lain-lain resipi ayam seumpamanya yang menggunakan roti dan susu biasa kebanyakannya mengandungi purata lebih 300 kalori dan 18g lemak setiap hidangan.

Ramuan:

1 cawan (120g) daging ayam tanpa lemak yang dipanggang dan disejukkan, dipotong kiub 0.5 sm
1 sudu besar mayones ringan
Sedikit lada hitam kisar
Sedikit garam
1 batang daun bawang, dihiris halus
70g keju cheddar atau mozarela ringan/rendah lemak, disagat kasar
10 biskut Jacob's Hi-Fibre

Resipi untuk hidangan 6 orang

Cara Masak:

Gaulkan daging ayam, mayones, perasa dan daun bawang dalam mangkuk kecil.

Susun biskut Jacob's High-Fibre atas dulang pembakar dan letakkan satu sudu campuran ayam ke atas setiap biskut.

Taburkan hirisan keju di atas campuran ayam dan bakar selama 2 minit iaitu sehingga gril menjadi panas atau sehingga keju cair.