Recipes
Cherry Tomato and Pineapple SalsaSalsa Tomato Ceri dan Nanas

Resipi ini hanya mengandungi 91 kalori dan 4g lemak setiap hidangan.
Ia menjadikan Salsa Tomato Ceri dan Nanas ini lebih sihat berbanding lain-lain resipi salsa tomato ceri dan nanas yang mengandungi hampir 100 kalori dan kira-kira 4g lemak setiap hidangan.

Ramuan:

1 cawan nanas masak, dipotong kiub kecil 0.5 sm

1 ½ cawan tomato ceri, dipotong satu perempat
¼ cawan bawang dipotong kecil
1 cili hijau, dipotong halus
2 sudu besar daun ketumbar dihiris kasar
1 sudu besar daun pudina dihiris kasar
2 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar minyak zaitun ekstra asli
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh lada hitam
¼ sudu teh gula

Untuk hidangan:
Biskut Jacob's Weetameal dan Jacob's Hi-Cal.

Resipi untuk hidangan 8 orang.

Cara Masak:

Campurkan kesemua ramuan dalam mangkuk adunan dan biarkan selama 5 minit supaya perasanya sebati.

Gaulkan dan hidangkan bersama-sama biskut Jacob's Weetameal dan Jacob's Hi-Cal.

Hidangkan serta merta.