Repui PisangRepui Pisang yang enak ini sangat sesuai dinikmati tanpa rasa bersalah kerana ia hanya mengandungi 257 kalori setiap hidangan dan 11g lemak berbanding resipi lain seumpamanya yang mungkin mengandungi lebih 300 kalori dan hampir 15g lemak setiap hidangan.

- Lain-lain resipi:
- Tuna, Brokoli dan Makaroni Bakar
- Repui Pisang
- Salsa Tomato Ceri dan Nanas
- Snek Ayam Berkeju
- Coklat Mousse Mudah
- Pai Makanan Laut
Ramuan:
Lapisan Atas:
1 pek (170g) biskut Jacob's Oatmeal
30g marjerin lembut
Lapisan Bawah:
30g marjerin
500g (berat tanpa kulit) pisang masak, dipotong kepingan diagonal 1 sm
30g gula perang lembut
Jus daripada 2 oren bersaiz besar (100 ml)
1 sudu teh kulit oren yang dihiris halus
Hiasan Yogurt:
1 cawan (250g) yogurt rendah lemak
2 sudu the madu
Resipi untuk hidangan 8 orang
Cara Masak:
Campurkan biskut Jacob's Oatmeal yang dihancurkan dengan mentega lembut untuk membuat adunan peroi. Biarkan seketika.
Cairkan mentega dalam kuali di atas api sederhana dan masukkan pisang. Taburkan gula dan dengan perlahan balikkan pisang sehingga sisinya bertukar warna menjadi keperangan – kira-kira 3 minit.
Masukkan jus dan masak pisang selama 2 - 3 minit atau sehingga pisang menjadi agak lembut. Masukkan hirisan kulit oren dan alihkan kuali daripada api.
Bahagikan adunan pisang menjadi 6 - 8 mangkuk kecil dan lapiskan atasnya dengan biskut peroi.
Campurkan yogurt dan madu, letakkan sejumlah adunan di atas lapisan biskut sebagai hiasan. Hidang serta-merta.
