Pai Makanan LautResipi enak ini boleh dinikmati sebagai snek mahupun hidangan utama dan ia mengandungi hanya 223 kalori dan 12.8g lemak setiap hidangan. Resipi ini lebih menyihatkan berbanding resipi biasa pai makanan laut lain yang boleh mencapai kandungan kalori sehingga 240 dan 14.4g lemak setiap hidangan.

- Lain-lain resipi:
- Tuna, Brokoli dan Makaroni Bakar
- Repui Pisang
- Salsa Tomato Ceri dan Nanas
- Snek Ayam Berkeju
- Coklat Mousse Mudah
- Pai Makanan Laut
Ramuan:
300g filet ikan * (tanpa kulit dan tulang), dicincang kasar
150g udang (dibuang kulit), dipotong dadu
100g (5 pek) biskut Jacob's Hi-Cal, dihancurkan halus
¼ cawan bawang, dicincang halus
1 biji telur, dipukul
½ sudu teh garam
¼ sudu teh lada hitam, dikisar
1 batang daun bawang, dihiris halus (2 sudu besar)
1 batang daun ketumbar, dihiris halus (2 sudu besar)
1 cili merah, dibuang biji dan dicincang halus
3 - 4 sudu besar minyak (untuk menggoreng pai)
* Gunakan isi ikan putih seperti ikan sebelah, ikan merah atau ikan dori.
Resipi untuk hidangan 6 orang
Cara Masak:
Masukkan daging ikan yang dicincang dan isi udang yang dipotong dadu ke dalam mangkuk adunan. Masukkan 2/3 daripada biskut hancur Jacob's Hi-Cal (kira-kira 70g), bawang, telur, perasa, daun bawang, daun ketumbar dan cili. Gaulkan dengan garpu sehingga sebati.
Masukkan baki adunan biskut Jacob's Hi-Cal ke dalam mangkuk kecil. Bentukkan adunan makanan laut dalam bebola kecil seakan-akan saiz sebiji limau nipis. Leperkan setebal 1 sm dan gulungkan biskut hancur di dalamnya. Bentukkan semua pai sebegini dan susunkan di atas dulang semasa menyediakannya.
Panaskan minyak dalam kuali tak melekat atas api sederhana. Gorengkan pai selama 2-3 minit setiap belah atau sehingga keperangan.
Jika suka, hidangkannya bersama salad hijau ringkas.
