Recipes
Easy Chocolate MousseMousse Coklat Mudah
Resipi Mousse Coklat Mudah ini hanya mengandungi 272 kalori dan 16g lemak setiap hidangan.
Resipi ini membolehkan anda menikmati coklat sepuasnya tanpa rasa bersalah kerana resipi mousse bercoklat lazimnya mengandungi 340 kalori dan lebih 30g lemak setiap hidangan.

Ramuan:

Tapak:
130g biskut Jacob's Sunlife Chocolate, dihancurkan
30g marjerin cair

Mousse:
200g coklat gelap
20g marjerin
60 ml yogurt rendah lemak biasa
1 telur putih
20g gula

Resipi untuk hidangan 8 orang

Cara Masak:

Gaulkan biskut Jacob's Sunlife yang dihancurkan dan mentega cair dalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam gelas wain kecil dan tekankan sedikit.

Pilih mangkuk kecil tahan panas yang boleh dimasukkan ke dalam kuali kecil (menjadikannya “pendidih berganda”). Masukkan coklat dan mentega ke dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga coklat cair dan pekat.

Alihkan mangkuk daripada api dan masukkan yogurt. Pukul putih telur sehingga berbuih dan tambahkan gula. Pukul selama 2-3 minit sehingga berkilat.

Kacau perlahan separuh daripada putih telur yang dipukul dengan adunan coklat tetapi jangan gaul keterlaluan. Masukkan baki putih telur yang dipukul ke dalam gelas berisi adunan biskut.

Sejukkan selama 1 – 2 jam sebelum dihidang.