Tuna, Brokoli dan Makaroni BakarPindaan sihat kepada hidangan lazim makaroni dan keju ini hanya mengandungi 281 kalori dan 13g lemak setiap hidangan.
Ia sememangnya alternatif yang sihat berbanding dengan resipi biasa yang mengandungi 330 kalori dan hampir 15g lemak setiap hidangan.
- Lain-lain resipi:
- Tuna, Brokoli dan Makaroni Bakar
- Repui Pisang
- Salsa Tomato Ceri dan Nanas
- Snek Ayam Berkeju
- Coklat Mousse Mudah
- Pai Makanan Laut
Ramuan:
150g makaroni
1 biji brokoli (kira-kira 150g), diasingkan mengikut bunganya
1 tin (200g) tuna dalam air
Sos:
40g marjerin
40g tepung biasa
500 ml susu rendah lemak
1 sudu teh garam
¼ sudu teh lada hitam putih atau hitam kisar
Hiasan:
70g biskut Jacob's Weetameal, dihancurkan secara kasar
100g keju Cheddar rendah lemak (disagat secara kasar)
2 sudu teh pasli dihiris halus
½ cawan tomato ceri merah, dipotong separuh
Resipi untuk hidangan 6 orang
Cara Masak:
Didihkan 2 liter air dalam kuali bersaiz besar dan tambahkan 1 sudu teh garam. Masak makaroni selama 8 - 10 minit atau sehingga kenyal (tidak terlalu lembut). Tapis makaroni dan biarkan dalam penapis.
Masak brokoli dalam baki air rebusan selama 2 - 3 minit. Tapis dan biarkan seketika.
Cairkan mentega dalam kuali bersaiz sederhana dengan api kecil dan gaulkan tepung ke dalamnya. Apabila pes terbentuk, tuangkan susu dan masak dengan api sederhana, kacau dari semasa ke semasa menggunakan sudip kayu atau pemukul telur sehingga adunan mendidih dan menjadi pekat. Perlahankan api dan reneh selama 5 minit. Sos seharusnya menjadi sedikit likat seakan-akan "susu pekat". Jika ia kelihatan terlalu pekat, tambahkan sedikit air panas.
Tambahkan perasa dengan garam dan lada hitam. Masukkan makaroni, brokoli serta empingan tuna dan kacau. Tuangkan semuanya ke dalam pinggan leper yang tahan panas.
Campurkan pecahan biskut Jacob's Weetameal, keju yang disagat dan pasli. Taburkan atas makaroni dan hiaskan dengan tomato ceri yang dipotong separuh. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 15 - 20 minit atau sehingga keju cair dan bahagian atasnya bertukar menjadi warna keperangan. Hidangkan panas.
