Kenali Label Makanan Anda – Ke Arah Kesihatan Yang Lebih Sempurna



Sandra dinasihatkan oleh pakar pemakanan dan doktor peribadinya supaya mengurangkan pengambilan kalori serta mengambil makanan yang rendah kandungan lemak. Puas dia memikirkan cara yang harus diikutinya untuk mencapai matlamatnya itu. Namun pernahkah anda terfikir mengenai fungsi label makanan yang sering tertera pada hiasan pakej luarannya? Saya gemar menyemak label makanan yang dibeli kerana maklumat yang diperoleh daripadanya memudahkan saya membuat keputusan dalam memilih makanan sihat.

Sejak bulan Mac 2004, kebanyakan makanan komersial yang dijual di Malaysia dikehendaki meletakkan label makanan yang menyediakan maklumat kepada orang awam untuk membantu mereka membuat pilihan. Bagi mengelakkan kekeliruan semasa membaca label tersebut, ikutilah tip berikut untuk memahami maklumat penting yang terkandung di dalam label makanan supaya anda dapat membuat pilihan yang terbaik.

Apakah kebaikan mengetahui cara yang betul membaca label makanan?

Sebelum kita meneliti istilah penting yang digunakan, marilah kita renungkan dahulu kebaikan mengetahui cara yang BETUL untuk membaca label makanan:

Memilih makanan yang sihat dan menyeluruh
Label makanan berfungsi sebagai perantara komunikasi dengan pihak pengeluar makanan yang ingin menerangkan kepada pengguna akan kebaikan produknya daripada sudut kesihatan. Ia memberi maklumat mengenai jumlah dan jenis nutrien yang terkandung dalam makanan tersebut.

Menilai makanan
Ilmu pengetahuan adalah kunci penilaian yang baik. Dengan memahami makna istilah yang terkandung di dalam label, kita boleh membandingkan jenis-jenis makanan berdasarkan faktor seperti kandungan nutrien dan kualiti ramuan yang digunakan.

Menjamin kualiti produk
Dengan adanya maklumat pemakanan pada label, pihak pengeluar bertanggungjawab untuk menjalankan prosedur jaminan kualiti supaya maklumat tersebut adalah benar sepanjang masa. Kualiti produk lebih terjamin kerana pihak pengeluar akan berusaha memelihara kandungan nutrien di dalam produknya sepertimana yang tertera pada label.


Kandungan Label: Apakah maklumat yang cuba disampaikan olehnya?

Label bukan sahaja berfungsi sebagai pelengkap hiasan pembungkus makanan, malah ia mampu membantu kita membuat pilihan pemakanan yang bijak sekiranya kita mengetahui cara membaca yang betul dan memahami maklumat yang tertera di dalamnya. Pada label makanan tersebut, kita boleh mengetahui pelbagai perkara penting seperti:

  • Kandungan pemakanan: Maklumat ini boleh didapati pada bahagian Maklumat Pemakanan di mana ia menyenaraikan jenis dan jumlah nutrien yang diperoleh apabila kita mengambil produk ini.
  • Senarai Ramuan: Ramuan yang digunakan dalam menyediakan produk
  • Tarikh Luput: Kita seharusnya sentiasa peka dengan tarikh luput produk dan hanya mengambilnya sebelum tarikh yang tertera kerana kualiti dan kandungan pemakanan di dalamnya akan terjejas sekiranya kita mengambil produk ini selepas tarikh luputnya.
  • Pengilang dan Pengeluar: Kenali siapa pengilangnya dan di mana produk ini dihasilkan.
  • Perakuan Label: Apabila sesuatu makanan itu diakui sebagai memiliki kandungan “ “ yang tinggi, ini bermakna produk ini telah dirumus khas untuk membekalkan nutrien khusus tersebut kepada anda.

Kita sering melihat istilah-istilah ini pada label makanan dan adalah lebih baik sekiranya kita memahami ertinya supaya dapat membuat perbandingan dan pilihan yang lebih bijak.

“Bebas” bererti makanan ini tidak mengandungi sesuatu bahan tersebut sama sekali, ataupun kandungannya sangat minimum. Contohnya seperti bebas gula, bebas lemak, bebas kolesterol.

“Rendah Lemak” bererti kandungan lemaknya adalah bersamaan atau kurang daripada 3 gram untuk setiap hidangan.

“sumber kepada” bererti setiap hidangan mestilah mengandungi 5 hingga 10 peratus Nilai Rujukan Nutrien sesuatu nutrien khusus sepertimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa kesihatan (cth., vitamin A)

“Tinggi” (cth., tinggi kandungan zat besi) bererti setiap hidangan mengandungi 10 hingga 20 peratus atau lebih Nilai Rujukan Nutrien sesuatu nutrien khusus tersebut.

Bacaan label : Bermula dimana & apakah maksudnya?

Sepertimana yang diterangkan sebelum ini, label makanan mengandungi pelbagai elemen di dalamnya. Oleh itu, kita akan mulakan dengan 2 elemen yang paling penting untuk kesihatan kita.

A) Panel Maklumat Pemakanan

Maklumat Pemakanan
         
 

Saiz Hidangan: 200ml
Hidangan setiap pek: 5

 
         

Saiz Hidangan
Saiz Hidangan adalah berdasarkan jumlah lazim yang dimakan oleh kebanyakan orang. Saiz hidangan pada label makanan mungkin berbeza dengan saiz hidangan dalam perancangan makanan anda ataupun saiz hidangan lazim yang anda amalkan. Sekiranya anda biasanya mengambil dua kali ganda saiz hidangan sepertimana yang tertera pada label, maka anda seharusnya menggandakan juga semua nilai pengukuran yang diberikan dalam bahagian Fakta Pemakanan.

Tenaga
Kiraan kalori adalah sangat penting. Oleh yang demikian, perhatikan jumlah kalori yang anda ambil dalam setiap hidangan. Bebas lemak tidak bererti bebas kalori. Item rendah lemak pula mungkin mengandungi sama banyak kalori dengan makanan lemak penuh. Sekiranya label menyenaraikan 1 hidangan bersamaan 3 biskut serta 100 kalori dan anda mengambil 6 biskut, maka ini bermakna anda telah mengambil dua kali ganda jumlah kalori dan lemak.

Lemak & Lemak Karbohidrat
Sekiranya anda mahu mencuba mengurangkan pengambilan lemak atau anda ingin mengetahui jumlah sebenar lemak yang anda ambil, bandingkan label pada produk makanan yang berbeza dan pilihlah makanan yang mengandungi jumlah lemak dan lemak tepu yang paling sedikit. Di Malaysia, hanya produk yang mengandungi kurang daripada 3.0g lemak dalam setiap 100g makanan pejal atau 1.5g dalam setiap 100ml makanan cair boleh menuntut status 'Rendah Lemak'.

Karbohidrat
Karbohidrat boleh didapati daripada bijirin bijian penuh, nasi, ubi kentang, gula dan sebagainya. Bukan sahaja kita harus memerhatikan jumlah karbohidrat yang diambil, tetapi juga sumber daripada manakah ia diperolehi. Contohnya: Kedua-dua Produk A & Produk B mengandungi 15g karbohidrat; sumber karbohidrat bagi Produk A ialah daripada bijirin bijian penuh manakala sumber utama karbohidrat bagi Produk B adalah daripada gula. Menilai daripada sumbernya, Produk A seharusnya menjadi pilihan berbanding Produk B.

Vitamin& Mineral
Dengan undang-undang makanan yang baru berkuat kuasa di Malaysia, syarikat pengeluar hanya boleh mengisytiharkan kandungan vitamin & mineral jika tahap kandungannya adalah signifikan, sepertimana yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan.

Natrium & Kolesterol
Mengikut undang-undang di Malaysia, natrium dan kolesterol adalah tidak wajib disenaraikan dalam label makanan. Walau bagaimanapun, anda masih boleh menemuinya tersenarai dalam sesetengah label makanan. Natrium merupakan sebahagian daripada garam, oleh itu mereka yang mahu menjaga pengambilan garam atau memelihara tekanan darah; adalah lebih baik memilih makanan yang rendah kandungan natrium.

B) Apakah yang terkandung dalam 'senarai ramuan'?

Semua label makanan menyenaraikan ramuan produk berdasarkan beratnya. Ramuan yang paling banyak jumlahnya akan disenaraikan dahulu. Ramuan yang paling sedikit jumlahnya akan disenaraikan paling akhir. Rujuk senarai ramuan untuk mencari bahan yang ingin anda elakkan atas sebab-sebab kesihatan atau perubatan; contohnya, jika anda ingin mengurangkan pengambilan gula maka anda seharusnya memilih makanan yang:

- tidak mengandungi gula
- tidak mengandungi gula atau yang mana jenis-jenis setara dengannya (sukrosa, glukosa, fruktosa) tertera sebagai antara yang terdahulu dalam senarai ramuan.

Senarai ramuan juga merupakan tempat yang baik untuk mencari ramuan yang perlu bagi meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Contohnya, jika keluarga anda mempunyai sejarah penyakit jantung, anda mungkin mahu mencari makanan yang mengandungi ramuan yang baik untuk jantung untuk melengkapi pemakanan anda seperti kicap; lemak monotaktepu seperti zaitun, jagung; atau bijian penuh seperti tepung gandum penuh dan oat. Tambahan lagi, jika anda ingin meningkatkan kesihatan tulang, pilihlah makanan yang mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D.

Petua & Rumusan
Memahami dan mengaplikasi maklumat yang terdapat dalam label mungkin mengambil sedikit masa. Anda mungkin mahu mula memerhatikan label makanan apabila ingin memilih makanan selepas ini. Biasakan diri dengan kedudukan sesuatu maklumat khusus dalam label; contohnya: panel yang manakah memberitahu anda maklumat mengenai kandungan lemak. Bagi mencapai tahap kesihatan optimum, berbincanglah dengan pakar pemakanan anda mengenai perkara utama yang perlu diperhatikan dan gunakan pengetahuan itu semasa membaca label makanan supaya dapat membuat pilihan yang bijak.

Kembali ke arkib