Kebaikan Oat

Apakah oat?

Oat adalah tanaman bijirin yang tahan lasak dalam keadaan tanah yang tidak subur dan cuaca yang buruk, tidak seperti tanaman lain. Bila dituai, sekam keras daripada oat perlulah dibuang sebelum ianya boleh dijual sebagai oat sepenuhnya, samada oat yang telah diproses atau berbiji. Selain sumber protein, oat tinggi kandungan mineral penting (mangan, selenium dan magnesium (yang merangsang penyerapan kalsium), Serat dan Vitamin B1 menjadikannya makanan tambahan yang baik untuk diet seharian. Oat bukan sahaja bagus untuk jantung kerana kandungan fibernya, tetapi juga sebagai pelindung yang bagus untuk saluran penghadaman. Oleh kerana semua nutrien penting terkandung di dalamnya, oat dikira penting untuk kesihatan secara keseluruhannya.

Manfaat Oat

Kerap makan oat boleh membantu menurunkan kadar kolesterol di dalam darah anda. Oat mengandungi beta glukan yang merupakan serat larut yang membantu menyerap kolesterol daripada badan semasa penghadaman. Kandungan karbohidratnya digelar "Frukto-oligosakarida" mampu merangsang pertumbuhan bakteria baik yang penting untuk merangsang kesihatan usus. Dengan jantung dan saluran penghadaman yang dijaga dengan baik, kita mengambil langkah yang lebih sihat berbanding mereka yang mengambil kurang bijirin penuh. Oat boleh dinikmati di dalam pelbagai cara, tetapi cara yang lebih mudah adalah dengan menikmati biskut Jacob's Oatmeal, yang penuh dengan kebaikan oat.

Bagaimana Jacob's boleh memberikan manfaat kepada anda?

Jacob's Oatmeal kaya dengan kebaikan oat dan buah-buahan. Biskut Jacob's Oatmeal bukan sahaja sihat, tetapi juga lazat, menjadikannya permulaan yang hebat ke arah kehidupan yang lebih sihat. Terdapat tiga jenis Jacob's Oatmeal - Jacob's Oatmeal Cereal, Jacob's Oatmeal Cereal dengan Epal dan Jacob's Oatmeal Cereal dengan Apricot. Jadikan Jacob's pilihan mudah ke arah hidup yang lebih sihat hari ini!