Kebaikan Buah-buahan
Penuh dengan kemanisan dan kesegaran, buah-buahan adalah makanan tenaga khas dari alam semulajadi yang membekalkan pelbagai zat untuk mengekalkan kesihatan badan.
Buah-buahan mengandungi 80% air, sama seperti badan manusia. Oleh itu, amat logik untuk kita menikmati buah-buahan, kerana ianya akan memenuhi keperluan cecair dan zat-zat makanan badan kita.
