Kebaikan Bijian

Apakah itu bijian?

Bijian ialah tumbuhan seperti rumput yang menghasilkan biji-biji berkanji yang boleh dimakan. Ia boleh diproses sebagai sumber nutrien (karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan serat). Makanan seperti gandum, beras, oat, mil jagung dan barli dianggap sebagai bijirin. Bijirin ini berkarbohidrat tinggi dan boleh membekalkan tenaga kepada anda untuk menjalankan aktiviti setiap hari. Terdapat dua jenis bijian iaitu bijian sempurna dan bijian kilang.

Apabila anda makan produk yang diperbuat daripada bijian sempurna, badan anda akan mendapat nutrien daripada semua bahagian bijian tersebut. Bijian sempurna terdiri daripada 3 bahagian utama (bran, germa dan endosperma). Bijian sempurna yang telah melalui sistem pemprosesan seperti pengisaran, pengeluaran sekam, penyemperitan, dan sebagainya dipanggil bijian kilang.

Khasiat bijian

Bijian kaya dengan nutrien penting yang dapat memberi kebaikan kesihatan kepada anda. Ia merupakan sumber tenaga daripada karbohidrat. Ia mengandungi vitamin B dan mineral untuk membantu mengeluarkan tenaga daripada karbohidrat. Ia juga mengandungi protein yang membantu proses pembinaan badan anda; dan serat yang membantu untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.

Pemakanan yang kaya dengan makanan bijian sempurna dikaitkan dengan risiko rendah terhadap beberapa penyakit dan jenis kronik termasuk sakit jantung, kanser, kencing manis dan masalah pencernaan. Makan makanan yang kaya dengan bijian sempurna boleh juga memainkan peranan untuk meningkatkan daya tahan, menguatkan tulang dan kebaikan kesihatan yang lain.

Bagaimana Jacob's memanfaatkan anda?

Jacob's Oatmeal (Plain Cereal/Epal/Aprikot), Jacob's Hi-Fiber dan Low Salt Hi-Fiber memberi kebaikan dan nutrien dari bijian yang berbeza seperti gandum dan oat. Biskut Jacob's ini padat dengan khasiat bijirin gandum manakala Jacob's Oatmeal Cereal dengan Epal/Aprikot mempunyai kandungan oat yang tinggi. Jadi, pilihlah Jacob's sebagai snek yang lebih sihat. Biskut Jacob's bukan sahaja sihat, tetapi juga lazat untuk dijadikan snek yang menyelerakan. Pastikan Jacob's adalah pilihan anda ke arah kehidupan yang lebih sihat hari ini.