Tinjauan Jacob's Walk of Life 2010
Jacob's Walk of Life 2011, Ikrar Hidup Sihat.

SHAH ALAM, Malaysia – Ahad, 17 Julai 2011 – Lebih daripada 10,000 rakyat Malaysia membuat Ikrar Kesihatan dengan mengambil bahagian dalam Jacob’s Walk of Life 2011 (JWOL 2011) yang dianjurkan Kraft Foods Malaysia di Taman Botani Negara, Shah Alam.

Tetamu kehormat, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Hasan Bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan dan Encik Sunil Sethi, Pengarah Urusan Kraft Foods Malaysia akan melancarkan JWOL 2011 pagi ini. JWOL telah berjaya mendorong beribu-ribu rakyat Malaysia untuk mengambil langkah-langkah positif untuk mencapai gaya hidup yang lebih sihat.

”Jacob’s Walk of Life 2011 merupakan inisiatif baik yang mendorong orang ramai meneruskan langkah positif menuju ke tahap kesihatan yang lebih baik. Komitmen berterusan Jacob’s semestinya akan menyumbang kepada bangsa negara yang lebih sihat dalam jangka masa panjang. Kami meggalakkan semua entiti perniagaan supaya melibatkan diri dalam inisiatif-inisiatif positif seperti Jacob’s Walk of Life 2011.” ujar Yang Berbahagia Dato’ Dr. Hasan Bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan.

Encik Sunil Sethi, Pengarah Urusan Kraft Foods Malaysia berkata, “Rakyat Malaysia telah membesar dengan Jacob’s untuk lebih daripda 50 tahun. Jacob’s sememangnya sebuah jenama warisan yang memberi rakyat Malaysia pilihan snek yang lebih sihat. Produk Jacob’s yang berkhasiat merupakan bahan utama untuk kesihatan yang lebih baik. Sejajar dengan ini, Jacob’s mempunyai komitmen tinggi dalam penglibatannya dengan komuniti setempat melalui aktiviti seperti JWOL 2011 untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat.

DJ selebriti Fara Fauzana dari Hot FM, Gan Mei Yan dan Jack Lum Tuck Weng dari My FM memberi komitmen mereka terhadap tahap kesihatan yang lebih mantap dengan bersatu suara mengisytiharkan Ikrar Kesihatan.

Banyak aktiviti-aktiviti menarik telah berlaku di JWOL 2011 termasuklah ujian kesihatan tulang oleh Anlene, pensampelan makanan dan senaman pagi oleh Fitness First. Orang ramai juga boleh Menambil Langkah Pertama Ke Arah Tahap Kesihatan Yang Lebih Baik dengan mengira indeks jisim badan (BMI) di www.jacobs.com.my. Keputusan ujian BMI akan menunjukkan tahap kesihatan seseorang melalui bacaan yang menandakan sama ada berat seseorang itu ideal.

Para peserta yang berjaya menghabiskan perjalanan 6 km itu akan dipersembahkan dengan sijil penyertaan dan beg cenderahati ihsan Jacob’s dan para penaja, Anlene, Fitness First, Mizuno dan Spritzer.

Produk Jacob’s yang sihat adalah seperti Nutricious Cracker yang terdiri daripada Hi-Iron Cream Crackers, Cream Crackers, Hi-Fibre, Low Salf Hi-Fibre, Weetameal, Hi-Cal Original dan Hi-Cal Vegetable. Bagi yang menyukai oats, mereka boleh memilih biskut Oatmeal, Oatmeal Apple dan Oatmeal Apricot.