
KUALA LUMPUR, 11 Mei 2010 - Lebih 8,000 rakyat Malaysia dari semua peringkat umur, bangsa, agama dan budaya hadir di Forest Research institute Malaysia (FRIM) di Kepong untuk menyahut seruan 1Malaysia Sihat.
Orang ramai telahpun hadir ke lokasi seawal 6 pagi untuk beratur di kaunter pendaftaran mendapatkan kemeja-T Jacob's Walk of Life dan goodie bag mereka. Jacob's Walk of Life 2010 merupakan acara tahunan yang ke-empat kali dianjurkan oleh Jacob's sejak tahun 2007 dengan sokongan penaja-penaja seperti Anlene, Fitness First, Mizuno, Spritzer dan Zespri Kiwi.
Dengan sokongan Kementerian Kesihatan, kempen gaya hidup sihat tahun ini bertemakan "1Malaysia Sihat" bertujuan mendorong dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya mengambil langkah aktif kearah gaya kehidupan Sihat yang seiring dengan visi Kementerian.
Turut hadir merasmikan acara berjalan kaki itu adalah tetamu jemputan khas, Timbalan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin yang diiringi oleh Pengarah Urusan Kraft Foods Malaysia & Singapura, Encik Dieter Schulz bersama duta Jacob's dan radio DJ popular yang dikenali sebagai JCrew, Fara Fauzana dan Faizal Ismail dari HotFM serta Gan Mei Yan dan Jack Lam Tuck Weng dari MyFM yang turut mengiringi peserta dalam acara berjalan kaki sejauh 5km tersebut.
Sewaktu berucap dalam majlis perasmian kempen itu, Datuk Rosnah memuji Jacob's atas usaha konsisten mereka dalam menganjurkan kempen sebegini untuk menyokong visi Kementerian kearah 1Malaysia Sihat.
Beliau berkata, "Saya amat bangga dan gembira syarikat seperti Jacob's terus menyokong usaha kerajaan dalam menganjurkan kempen sebegini untuk menyahut seruan Kementerian dan menyelaraskan objecktif kempen sebegini dengan misi Kementerian kearah "Gaya Hidup Sihat 1Malaysia".
"Walaupun begitu, pencapaian misi 1Malaysia Sihat ini hanya boleh berlaku jika kita semua memikul tanggungjawab untuk menjaga kesihatan kita sendiri. Kami akan cuba mendorong rakyat dengan pelbagai maklumat dan pengetahuan untuk membuat pilihan yang bijak dan lebih sesuai untuk keperluan mereka" tambah beliau.
Sewaktu berucap, Schulz berkata Sebagai komitmen Jacob's terhadap kesihatan Negara, Jacob's akan meneruskan usaha menghasilkan produk-produk berkualiti dan penglibatan kami dalam program-program komuniti tempatan menerusi pengetahuan, galakan serta sokongan untuk melangkah ke arah kehidupan yang lebih sihat dan penuh bermakna.
"Kempen Jacob's Walk of Life menyediakan platform kepada rakyat supaya dapat menyertai bersama keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga untuk berjalan bersama kehidupan yang lebih Sihat. Kesihatan, seperti mana yang diketahui bukanlah suatu usaha yang boleh dicapai dalam sehari tetapi satu gabungan pilihan mudah harian seperti membaca label makanan, pilihan makanan lebih Sihat, ataupun berjalan bersama keluarga. Pilihan mudah anda untuk hadir di sini hari ini telahpun memberi perubahan yang ketara dalam perjalanan anda kearah gaya hidup Sihat. Seperti bak kata pepatah, "sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit", tambah beliau.
Selain daripada acara berjalan kaki sejauh 5km itu, pelbagai jenis aktiviti telah disediakan oleh para penaja untuk para peserta seperti pemeriksaan kesihatan percuma oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, pemeriksaan tulang percuma dari Anlene, , aktiviti melukis muka, ukiran belon, laman permainan kanak-kanak dan persembahan artis popular Black dan One Nation Emcee untuk menghiburkan para pengunjung.
Permainan dan aktiviti-aktiviti menarik disediakan sepanjang hari seperti "Pertandingan Pakaian Paling Kreatif 1Malaysia" di mana peserta digalakkan hadir memakai kemeja-T Jacob's Walk of Life dengan sentuhan kreatif elemen 1Malaysia untuk membolehkan mereka dipilih oleh ahli JCrew.
Sebanyak 5 orang peserta terpilih berdasarkan kreativiti mereka dan semangat 1Malaysia, memenangi baucer tunai berjumlah RM300 dan hamper Jacob's bernilai RM100.
Para peserta yang menamatkan acara berjalan kaki itu juga menerima sijil penyertaan dan goodie bag dari Jacobs dan para penaja kempen.
