1Malaysia Sihat dengan Jacob's Walk of Life 2010

KUALA LUMPUR, 11 Mei 2010 - Dalam usaha menyokong seruan Kementerian Kesihatan ke arah satu Malaysia Sihat, Jacob's Walk of Life 2010 kini kembali untuk kali-keempat tahun ini untuk memberi inspirasi kepada ribuan rakyat Malaysia untuk berjalan ke arah gaya hidup Sihat.

Tema Jacob's Walk of Life tahun ini adalah 'Satu Malaysia Sihat' yang selaras dengan konsep 1Malaysia dan tema Kementerian iaitu "Gaya Hidup Sihat Satu Malaysia" akan diadakan di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong pada 25 Julai 2010.

Lebih 30 ahli media dijemput hadir untuk sesi temubual mesra sempena majlis pelancaran Jacob's Walk of Life yang bertemakan "Rumah Sihat, Rakyat Sihat - 1Malaysia Sihat" di rumah eksklusif Jacob's yang bertempat di Acmar D'Rapport di Jalan Ampang.

"Untuk menguatkan lagi sokongan kami terhadap usaha Kementerian, tema tahun ini untuk Jacob's walk of Life adalah "Satu Malaysia Sihat" selaras dengan tema Kementerian iaitu "Gaya Hidup Sihat Satu Malaysia". Melalui penyelarasan tema kempen ini dengan Kementerian, kami berharap agar kempen Jacob's Walk of Life ini dapat mencapai visi Kementerian iaitu sebuah Negara mengembleng tenaga kearah kesihatan yang lebih baik" kata Dieter Schulz, Pengarah Urusan Kraft Foods Malaysia & Singapore ketika ucapan pembukaannya.

Dieter berkata "Ia adalah penting untuk kita berkerjasama ke arah mencapai visi "Satu Malaysia Sihat" selangkah demi selangkah melalui akar umbi - iaitu dari rumah. Pilihan mudah yang dibuat dari rumah bukan sahaja dapat menyumbang kepada perubahan positif dalam kehidupan individu malah juga mampu memberi perubahan besar kepada keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga".

"Pilihan yang kita buat seharian semudah membaca label makanan, memilih makanan yang lebih Sihat atau berjalan bersama keluarga boleh membawa anda selangkah kehadapan 1Malaysia Sihat. Ini menunjukkan bahawa kesihatan bukanlah sesuatu yang boleh dicapai semalaman tetapi suatu himpunan pilihan mudah harian. Seperti bak kata pepatah, "Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit" tambah beliau.

Sesi temubual mesra itu semestinya suatu acara 1Malaysia yang turut dihadiri oleh tetamu istimewa Pengarah Nutrisi Kementerian Kesihatan, Puan Rokiah Don, Ketua Pegawai Operasi Media Prima Radio, Seelan Paul, Pakar Perunding Diet, Indra Balaratnam dan Duta Jacob's atau JCrews DJ MyFm, Gan Mei Yan dan Jack Lam Tuck Weng serta DJ HotFm Fara Fauzana dan Faisal Ismail. Sesi itu dikendalikan oleh personality TV dan emcee, Zainal Alam Kadir.

Ahli-ahli media diberikan peluang beramah-mesra bersama tetamu istimewa, Puan Rokiah yang berkongsi pengalaman beliau selaku seorang wanita berkerjaya dan seorang ibu manakala Seelan pula berkongsi pengalaman dan cabaran beliau dalam mempraktikkan amalan kesihatan di rumah sambil mendirikan keluarga dalam campuran budaya Cina dan India.

Lewat petang itu, pakar perunding diet, Indra mengendalikan suatu aktiviti membaca label makanan dan pengurusan makanan sambil melibatkan para media dalam suatu cabaran penyediaan makanan Sihat. Ahli-ahli media dipecahkan dalam 3 kumpulan yang dibantu oleh tetamu istimewa dan ahli JCrew.

Sesi permainan dan aktiviti itu menunjukkan bagaimana pilihan mudah seharian di rumah melalui diet pemakanan, senaman dan perubahan gaya hidup bukan sahaja mudah malah menyeronokkan apabila berkongsi bersama yang tersayang.

Dalam segmen terakhir sesi itu, ahli Jcrew bersama pakar dari Fitness First, Bernard berkongsi tips dan senaman mudah yang boleh dilakukan di rumah. Ahli Jcrew turut bersama ahli-ahli media lain menyertai senaman "Dunk with Jacob's" untuk menunjukkan bahawa senaman juga boleh menjadi suatu aktiviti yang menyeronokkan.

Kempen Jacob's Walk of Life disokong oleh Kementerian Kesihatan setiap tahun sejak 2007. Kempen tahun ini turut ditaja oleh Anlene, Fitness First, Mizuno, Spritzer dan Zespri Kiwi.

  1. Jacob's Walk of Life 2010, Forum Media
  2. 1Malaysia Sihat dengan Jacob's Walk of Life 2010